Bila saja aku mula berserah dengan qada' dan qadar yang gelap itu, kau datang tarik aku kembali.
Sedikit demi sedikit.
Dengan lampu spotlight yang kau bawa ke mana-mana kau pergi.
Spotlight yang mungkin aku sahaja yng dapat melihat.
Spotlight yang harus aku hadangkan, mungkin dengan batu-batu kilometer.
Tapi seperti tahun cahaya, walaupun lama terpancar juga suluhan kau pada aku.
Mungkin unintentional oleh kau, tapi cukup untuk buat aku perit,
kerana lampu itu walaupun terang menyuluh, terlalu terik dan menggigit.
Aduh, tolong jangan lakukan ini.
Aku tidak boleh ditolak pergi dan ditarik kembali sebegitu sebegini.
Strawberry festival
2 hours ago

1 dotted dots:
you lost me. apekah???
Post a Comment